UMNO 2
Semakin ramai yang menuduh Anwar
Ibrahim tidak sabar – tidak sabar, persoalannya bukan Anwar Ibrahim yang tidak
sabar tetapi ada yang mahu memegang kuasa at his own dispense – wants absolute power
dan mahu melakukan mengikut kehendak tersendiri.
Perlu ingat Anwar Ibrahim sudah memperjuangkan agenda reformasi selama 20 tahun. Perjuangan bersama rakyat adalah untuk membebaskan Malaysia dari corak kepimpinan UMNO dan corak kepimpinan UMNO ini datangnya dari Mahathir.
Tewas UMNO adalah kerana Mahathir@mahazalim
dan begitu juga rosak UMNO. Hari ini Mahathir mahu melakukan seperti mana yang
dilakukan sewaktu dalam UMNO. Tidak mustahil dengan kebangkitan rakyat – yang telah
diajar memilih PH akan akhirnya kecundang dan usaha pembaharuan yang mahu
dijalankan diserahkan balik kepada muka-muka seperti Mahathir, Daim dan Rafidah
Aziz. Kronis mula memainkan tempat dan akhirnya Malaysia adalah seperti dahulu.
Ada yang pintas bangun – Mahathir
sudah berubah – baik kita tanya apa betul Mahathir sudah berubah atau hanya
mahu to end dengan his own notes. Mahathir tidak berubah – seperti mana UMNO
yang ada hari ini. Perubahan hanya pada platform kerana beliau tahu platform
yang diciptanya dalam UMNO tidak memungkinkan dia mengubahnya semula. Platform
korup – money is King atau cash is King adalah juga konsep yang sama akan
diamalkan oleh Mahathir.
Apakah Anwar Ibrahim tidak sabar?
Ini jelas tuduhan liar konco-konco Mahathir untuk memastikan Anwar Ibrahim
tersingkir dari menjadi PM Malaysia. Ini adalah hasrat dan langkah untuk
bersedia untuk memerangi Anwar Ibrahim sedang disiapkan atas kapasiti Dr
Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Sebenarnya kepimpinan PKR
tersilap catur – membenarkan Mahathir menjadi PM. Hari ini mereka yang bersekongkol
mahu meletakkan Mahathir menjadi PM harus sedar – mereka melakukan sesuatu
pengkhianatan kepada agenda perjuangan Reformasi.

No comments:
Post a Comment