Ikuti kami

Saturday, June 2, 2018

DAP hilang Guan Eng


Lim Guan Eng mula dikritik oleh DAP kerana membiarkan dirinya terperangkap dalam kumpulan Mahathir @ Mahazalim. Jelas tugas Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan hanya merujuk kepada apa yang diputuskan oleh kroni Mahathir dan ini mendatangkan kegusaran kepada DAP. 

Lim Guan Eng sedar dirinya hanya diperalatkan tetapi tidak berani menongkah arus. Semua ini menjadikan kehadiran Lim Guan Eng sekadar menyelaras dan tidak mempunyai sebarang authoriti dalam mengendalikan Kementerian Kewangan.

Setakat ini tidak ada keputusan fundamental dibuat oleh Kementerian Kewangan melainkan pendedahan hutang Najib Razak dan salah laku dalam pengendalian kewangan Negara. Itu pun urusan pemberitahuan dan tidak langsung ada kuasa untuk mengubah apa2 yang difikirkan perlu dan menuruti agenda Reformasi.

Lim Guan Eng perlu berani semula dan tidak terikat dalam sirkulasi Mahathir dan Daim.

Anwar FOR PM 8 NOW

No comments:

Post a Comment