Ikuti kami

Sunday, June 3, 2018

Mahathir cabar Istana - hasut rakyat









Satu tindakan yang menunjukkan betapa bongkak Mahathir @ MAHAZALIM setelah memegang kerusi PM. Sebenarnya tindakan Mahathir pada hakikatnya tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Presiden termasuk pemecatan AG. BENAR – Peguam Negara perlu diganti kerana nampak tindakan menutup isu Najib Razak dengan 1MDB  namun ia harus dirujuk kepada Majlis Presiden dan mendapat khidmat nasihat untuk memecat AG Peguam Negara, Apandi Ali.

Sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Mahathir dan disertai oleh kumpulan penyokong yang hari ini mengkritik Istana adalah sesuatu yang perlu kita lihat sebagai perkara yang akan memberi kesan BURUK kepada kerajaan PH. 

Tulisan – tulisan penyokong Mahathir dan membawa isu ini sebagai alasan rasis sebenarnya menghina Istana. Agenda untuk terus berkeras melantik Tommy Thomas ini dibawa oleh penulis-penulis upahan Mahathir sebagai mendapat sokongan rakyat – netizen dan penolakan sikap perkauman Istana.

Ini tindakan biadab Perdana Menteri dan sikap Mahathir aka Mahazalim ini akan menyulitkan PH dan akhirnya meruntuhkan PKR sendiri kerana menyokong tindakan menyerang Istana.

Kami mendesak kita yang selama ini memperjuangkan agenda Reformasi – juga tidak mengira warna kulit dan agama menolak mainan Mahathir untuk merangkumkan rakyat bagi menunjukkan penentangan dan menimbulkan penolakan dan kebencian pada Istana.

ANWAR PERLU SEGERA AMBIL ALIH PM

No comments:

Post a Comment