Ikuti kami

Friday, January 17, 2020

Mahathir - dari Anwar baik Azmin



Pengesahan wajah Azmin dalam video tidak dapat dinafikan lagi

Ini sebenarnya pengiraan Tun Mahathir dalam menentukan siapa PM ke 8. Pembebasan Azmin dalam isu video lucah jelas menunjukkan bahawa sistem perundangan kita masa sama – tertakluk kepada kuasa politik. Di bawah Mahathir tidak akan ada Malaysia Baru kecuali Malaysia Mahathir dengan cengkaman berterusan ke atas sistem perundangan dan semua agensi penguat kuasa termasuk polis.

Amat sedih bila perjuangan reformasi tergadai dengan kehadiran MAHAZALIM Tun Mahahtir Mohamed dan penggadaian ini sebenarnya jelas mengkhianati perjuangan Reformasi. Kita bercerita mengenai perubahan dalam negara, sistem pentadbiran, ketelusan dan kesusilaan yang baik dalam kerajaan dan tidak pengaruh politik serta kepentingan politik dalam mentadbir negara.

Kes Azmin Ali adalah contoh paling nyata sistem perundangan di bawah Mahathir dan Peguam Negara Tommy Thomas sedang bercanda dengan kepentingan politik. Kuasa yang ada menentukan skema politik kehendak mereka. Polis juga terperangkap dengan memastikan agenda politik tercapai.
Kes Azmin Ali adalah kes nyata yang tidak diambil tindakan dengan wajar. Jelas ruangan jenayah ini tidak diambil sebagai satu jenayah tetapi diambil lewa – kelewatan dan tindakan yang mudah yang diambil oleh Polis. Kalau bukan Azmin dan kalau bukan Azmin orang sokongan Mahathir pasti lebih buruk tindakan diambil. Ingat kes Anwar Ibrahim dan Azizan Abu Bakar.

Semua rakyat Malaysia khususnya mereka yang pernah bergelumang dengan perjuangan REFORMASI pasti tahu dan pasti sedar. Kita pasti lihat Mahathir masih kekal Mahathir yang sama sewaktu kita menentang beliau. Kita patut hairan kenapa ada antara mereka dalam PKR kekal menjilat Mahathir dan lebih buruk menggadai makna sejati REFORMASI. 

Kita seharusnya berbalik kepada apa yang diperjuangkan – REFORMASI dan mereka yang jelas dan khusus bersama Mahathir perlu ditolak. Kita harus memastikan – Mahathir yang selama ini kita tentang terus ditentang dan perlu jelas bencana yang dibawa oleh Mahathir terhadap Malaysia dan Melayu khususnya. Kita perlu bertindak.

Bagi Mahathir, dari Anwar Ibrahim jadi PM 8 baiklah Azmin kerana Azmin masih boleh dikawal oleh Mahathir.

No comments:

Post a Comment