Ikuti kami

Saturday, June 2, 2018

BERSATU dan UMNO, atas nama Melayu

BERSATU DAN UMNO atas nama Melayu/Islam?

Ada usaha mahu menggabungkan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia? Atas landasan apa? Atas landasan Melayu dan mereka dalam BERSATU adalah rata-rata UMNO. Bukan satu yang mustahil, sokongan Melayu masih boleh berpihak kepada UMNO dan BERSATU, kata sumber yng mahu mengusahakan perpaduan Melayu dan Islam.

Dimaklumkan kepada kami, usaha ini merangkumi juga PAS, UMNO dan BERSATU dengan tekad mengembalikan keutuhan Melayu. Barang diingat, bahawa ahli BERSATU tidak menentang UMNO tetapi hanya mahukan Najib Razak berundur.

Suara usaha penggabungan ini bermula. Sudah bermula. Soalnya adalah siapa masuk mana? Sungguhpun begitu, ia tidak akan dilakukan terburu-buru dan ini akan menjadi ugutan kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sedar usaha ini sedang dilakukan. Dalam Anwar Ibrahim mahu terus perjuangan kekal dengan PKR, satu wadah yang penuh dengan keringat, pengorbanan dan air mata, BERSATU sebaliknya hanya menolak Najib Razak.

Apa yang jelas ialah, Mahathir akan Mahazalim masih mencari ruangan untuk membunuh politik Anwar Ibrahim dan dalam masa yang sama untuk bergabung dan mengambil tempat dalam UMNO. Soal kaum – Melayu diberi keutamaan dalam pergabungan tersebut.

Anwar Ibrahim, kami dari www.mahazalim2return.blogspot.my percaya Anwar Ibrahim tahu akan skandal usaha ini. Namun banyak antara PKR dan golongan reformis yang sudah percaya bahawa Mahathir @ Mahazalim sudah berubah. Tidak, sama sekali tidak. Kita seharusnya mendesak untuk Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir @ Mahazalim melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim. Jangan hanya beralaskan hutang negara banyak.  

No comments:

Post a Comment