Baca - SuaraTV - Zainuddin Maidin kata Anwar seperti cacing kepanasan
MAKLUMAN YANG AMAT PENTING
Rakan Reformasi,
Bagi hemah kami,
di laman www.mahazalim2return.blogspot.my
Zainuddin Maidin membawa agenda UMNO untuk memanaskan keadaan dengan mengkritik hebat Anwar Ibrahim sebagai cacing kepanasan tanpa mengambil kira tujuan untuk melaksanakan Agenda Reformasi yang sempurna dan bersesuaian dengan perjuangan kita selama ini.
Anwar Ibrahim telah dicampak dalam
penjara selama 10 tahun, diseksa dan didera oleh Ketua Polis sewaktu itu yang
berpaksikan kepada Mahathir @ Mahazalim. Untuk mengatakan Anwar Ibrahim cacing
kepanasan adalah suara sumbang yang mahu merealisasikan persengketaan segera
Anwar Ibrahim serta gerakan Reformasi memecah-belah
Pakatan Harapan.
Walau bagaimana pun bagi tujuan ini kami tetap mendesak agar
Mahathir @ Mahazalim untuk segera memberi tempat kepada Anwar Ibrahim seperti
yang dijanjikan, dengan kata Mahathir sendiri – “as soon as possible” tanpa
sebarang dalih kononnya mahu memulihkan keadaan kewangan. Pemulihan boleh
dilakukan dengan Anwar Ibrahim sebagai PM dan semua dalam Majlis Presiden mampu
membuat keputusan dan memberi solusi.
AWAS – Zainuddin Maidin bagi kami
membawa agenda UMNO dan sekali gus mahu mempengaruhi pendukung PH untuk menolak
Anwar Ibrahim. Zainuddin Maidin mahu menyelitkan nama – dalam PH, khususnya
konon mahu menghalang Anwar Ibrahim, seakan memberi sokongan kepada
Mahathir@Mahazalim tetapi asasnya pada kami mahu merealisasikan Agenda UMNO.
Rakan Reformasi,
Kita seharusnya mengutuk tindakan
Zainuddin Maidin dan seterusnya menyelaraskan semula keperluan memegang kuat
kepada agenda Reformasi ke arah Malaysia Baru. Kita seharusnya mendesak supaya
dipercepatkan perubahan PM untuk mengendurkan segala ketegangan. Tidak salah
dalam perubahan kuasa dari Mahathir @ Mahazalim kalau beliau mahu membantu
memulihkan soal kewangan. Mungkin berpegang pada kuasa mempunyai matlamat lain –
membina UMNO 2 yang baru – yang mengalahkan PKR.
Rakan Reformasi
Semakin hari mereka yang berjuang
dan telah menerima tempat dari Mahathir @ Mahazalim sudah membelakangi Anwar
Ibrahim. Mereka hari ini mencela Anwar Ibrahim sehingga mahu membongkar kembali
kes lama – konspirasi politik dengan mengatakan ia benar. Ini amat ketara
berlaku apabila mereka sudah memegang kuasa PALSU yang diperuntukkan oleh
Mahathir @Mahazalim.
Kita perlu bersedia dan perlu
berani mengatakan pendirian. Kita REFORMIS dan kita menolak dalih politik yang
kononnya perlu lakukan ini dan itu dan akan mengambil masa 2 tahun atau lebih
baru mahu memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim. Ini hanya menunjukkan
ketidakjujuran sewaktu datang memohon bantuan dengan PKR.
Kita REFORMIS tidak
pernah takut dan kami percaya sekiranya gerakan kita kuat dan menyeluruh tidak
mustahil Mahathir @ Mahazalim akan melakukan semula apa yang dibuat sewaktu
tahun 1998. Percaya lah – masa kita sudah tiba untuk bersatu dalam Gerakan
Reformasi.

No comments:
Post a Comment