Ikuti kami

Monday, January 6, 2020

Sedarlah Melayu


Sedarlah Melayu.

Siri 1 

(sebarkan kerana KAMI mahu legasi Tun M dihapuskan segera, blog ini bersama Twitter MahazalimReturn akan mula membongkar satu-satu apa yang berlaku dalam kerajaan pimpinan Mahathir hari ini)


Kami terpaksa menghidupkan blog ini untuk terus menekan agar Mahathir Mohamed diasak agar bukan sahaja turun jadi menjadi PM malah menjadikan itu prioriti nombor 1, kita rakyat Malaysia khususnya Melayu. Kita perlu memastikan agar terbongkar “siapa Mahathir” sebenarnya dan apa yang telah dilakukan dalam politik negara kita – semata-mata untuk terus berkuasa.
Kami lahir pada zaman menentang Tun M, zaman membongkar kezaliman Tun M dan mendedahkan korupsi, kronisme dan nepotisme perlakuan beliau. Kami menentang dalam keadaan UMNO dan Barisan Nasional menyanjung beliau – dalam keadaan kerajaan menjadikan Tun M sebagai negarawan. Semua itu hari ini jelas – Mahathir bukan pejuang Melayu, Mahathir bukan negarawan malah Mahathir adalah pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa dan menipu rakyat Malaysia. 

Tidak ada bekas kepimpinan utama negara yang memberi perakuan baik mengenai Tun Mahathir malah hari ini seluruh warga UMNO yang ahli berjuta-juta sedar bahawa mereka telah ditipu dan Melayu telah dijadikan alasan untuk Tun M berkuasa.

Sedarlah Melayu,

Tun M hari ini akan terus melalak mengenai perpaduan Melayu, terus menjerit-jerit untuk menjadi kononnya menjadi Ultra Melayu tetapi sebenarnya mahu terus menggenggam kuasa sehingga pengganti beliau – keluarga dan kerabat beliau berjaya meneruskan kuasa yang ada hari ini. Tun M sekarang tertekan – sehingga sanggup melacurkan agenda Melayu, menjual hak Melayu kerana terus mahukan kuasa. Kita patut sedar sekarang, Tun M melacurkan diri untuk kuasa, bila sanggup menjilat Anwar Ibrahim – hadir ke mahkamah atas alasan mahu menyelamatkan Malaysia – Malaysia Baru tetapi pokoknya hanya mahu kuasa. Hari ini Tun M sedar kuasanya tidak menyeluruh kerana kekuatan parti pimpinannya lemah dan dia terpaksa melacurkan diri pada DAP antara pemegang kerusi yang banyak dalam Pakatan Harapan. Kelemahan ini ditambah dengan persengketaan Tun M dan dendam tidak habis-habis pada Anwar Ibrahim.

Sedarlah Melayu,


Lupakan sementara siapa yang bakal menjadi PM ke 8, sama ada ia Anwar, Zahid Hamidi, Najib sekali pun atau nama baru seperti Ismail Sabri  atau Tok Mat NS biarlah diketepikan dahulu. Kita pastikan Tun M ini dibongkar, keluarga dia disiasat dan legasi yang diciptanya sendiri, yang dipalsukan di tamatkan.

Kita harus berani melabel semula Tun M sebagai pengkhianat bangsa – memusnahkan negara. Kami akan terus menulis dan membongkar apa yang berlaku sekarang – khususnya bila Tun M dalam mahu memegang kuasa – tunduk pada desakan politik DAP khususnya.

No comments:

Post a Comment