Ikuti kami

Tuesday, January 7, 2020

Sedarlah Melayu 2


Sedarlah Melayu

Siri 2


Jom Kita dengar apa kata Tunku Abdul Rahman - Al Fatihah mengenai Tun M
 
Apa lagi yang Mahathir mahu ialah sokongan untuk dia kekal menjadi PM sehingga  kerabat atau kronis dia mengambil alih menjadi PM. Anwar Ibrahim adalah musuh dia dan sehingga kini dimusuhi dan tidak pernah ada terlintas untuk memberi Anwar Ibrahim ruang dan peluang untuk menjadi PM.
Namun dalam keadaan PH – kuat dengan PKR dan DAP, Mahathir mula mahu mencari ruangan dalam apa yang dikatakan Melayu, mahu kembali meraih sokongan dari Melayu dan mula akan bangkit kononnya anti DAP dan Ultra Melayu.
Pembohong ! Mahathir akan menggunakan isu Melayu bila ada kepentingan untuk dia. Menggunakan isu kononnya menyelamatkan Malaysia dengan keterpaksaan menyebelahi DAP. Semua ini adalah untuk menyelamatkan diri sendiri.

Melayu secara total termasuk dalam PH kena menolak Tun M dari terus memperalatkan isu Melayu untuk politik sendiri. Melayu kena mula bersatu atas 1 matlamat dahului, menyelamatkan Melayu dari Mahathir. Hari ini Mahathir sedang cuba untuk mengaitkan BERSATU dan UMNO sebagai ada keperluan untuk bergabung atas isu bangsa dan Melayu.

BOHONG ! Mahathir mahu kukuhkan kedudukan beliau yang sekarang semakin buruk. Kedudukan sempit dia, berperang dengan Anwar Ibrahim serta tidak berbaik dengan DAP, parti siput seperti BERSATU tidak ada makna besar dalam politik.
Melayu jangan tertipu dengan kononnya mahu memberikan Mahathir satu penggal untuk mengukuhkan ekonomi dan menyiapkan pentadbiran yang lebih telus. Ini tidak akan berlaku selagi Tun M memerintah. Tun M sanggup membunuh UMNO demi kuasa dan sanggup menjilat DAP untuk tujuan yang sama.

Kepimpinan UMNO – cukup-cukup lah panjat pejabat Tun M untuk menyelamatkan diri kerana kelak kamu juga akan diperhamba oleh Tun M. Kami tidak faham kenapa ada kepimpinan UMNO masih mahu berurusan dengan Mahathir untuk kononnya memastikan penyatuan Melayu tercapai. Melayu Jangan PERCAYA!

No comments:

Post a Comment