Ikuti kami

Saturday, January 18, 2020

PH tidak faham-faham lagi

Hentikan sindrom penafian. Rakyat seakan jelas menolak PH - menjadikan PH benar-benar seakan kerajaan sepenggal. Tun Mahathir - tidak lagi diterima, masa dia sudah berlalu. Komen Tun M dalam www.malaysiakini.com "Pengundi Kinamis belum rasa kebaikan kerajaan PH" benar-benar menyarankan ketidaktahuan Perdana Menteri keadaan dan sentimen bawahan yang ada.



Jelas - TunM gagal dan PH akan terserap dalam kegagalan itu. Agenda Reformasi jelas gagal kerana REFORMASI sendiri adalah perkataan yang digeruni oleh TunM. Jelas PH dibawah Tun M hanya berasaskan politik kepentingan sendiri. Sehingga hari ini bermacam-macam masalah kepimpinan timbul dalam PH. 

PH kena sedar kepimpinan mereka yang ditolak oleh rakyat - kepimpinan mereka yang hanya mencari populariti dalam kerajaan, mereka yang gagal berinteraksi dan memahami kehendak rakyat. Jelas PH yang mahukan konsep inklusif dengan rakyat menjadi eksklusif dan jarak dengan rakyat. Sikap kesombongan mula bertapak dan sikap-sikap menjadi pemerintah dari jadi memimpin mula menonjol kalangan PH.

Hampir semua PRK yang dilalui oleh  PH tewas tetapi masih menolak kesedaran yang ada. Menafikan kegagalan akan menjadikan PH ditolak dan hampir jelas 

Apa yang pasti bagi KAMI adalah Tun M perlu meletak jawatan segera untuk memastikan PH terus relevan. Agenda benar REFORMASI perlu diperhalusi dan dilaksanakan setepat mungkin. Setakat hari ini - PH dalam kancah penolakan oleh rakyat. 




No comments:

Post a Comment