Ikuti kami

Sunday, June 10, 2018

Pengkhianat DALAM PKR





Salam Reformasi,

Hari ini Reformasi yang diperjuangkan seakan tertutup dengan kehadiran Mahathir aka Mahazalim. Mahathir secara langsung memainkan peranan yang sama memecahbelahkan Pakatan Harapan dalam usaha untuk memastikan PPBM menawan Pakatan Harapan dengan Mahathir sebagai tunjang kepimpinan. Mahathir menentukan segala-galanya. Mahathir dengan Daim menjadi penentu dan mereka dalam perjuangan reformasi diketepikan begitu sahaja.

Kepimpinan yang ada dalam REFORMASI juga telah diangkat oleh Mahathir dan kini sudah menolak Anwar Ibrahim secara total. Inilah yang pernah dimaklumkan kepada KAMI bahawa ada PENGKHIANAT dalam perjuangan reformasi yang kini membunuh Anwar Ibrahim.

Saudara/I Reformasi

Anwar Ibrahim sudah dipinggirkan dan sekarang terikat dengan sokongan yang semakin kurang dalam gerakan Reformasi. Mereka yang kuat berpura-pura menyokong REFORMASI hari ini menyatakan sokongan kepada Mahathir atas kehendak kuasa. Ini bukan perjuangan REFORMASI – mereka hanya mementingkan kronis mereka sendiri. Mahathir telah berjaya memecahkan sokongan kepada Anwar Ibrahim dengan melontarkan sentimen, Anwar rakus dan gopoh mahukan kuasa. Dalam pada itu sentimen yang dilontarkan juga adalah kepalsuan Mahathir yang berjaya menjatuhkan UMNO/BN. Ini pandangan yang amat sempit.

Saudara/I Reformasi

Kalau Mahathir bersendirian menentang UMNO/BN dan kita dalam jalinan yang sama tanpa menjanjikan tempat pada Mahathir – keputusan kemenangan tetap kita peroleh. Asasnya UMNO berpecah dan kita masih kukuh menentang BN/UMNO. Tidak ada sebab kita mahu menjanjikan Mahathir sebagai PM Malaysia dan perjanjian itu pula tidak meletakkan tarikh tertentu. Mahathir dan BERSATU TIDAK AKAN BERJAYA bersendirian menentang UMNO dan BN. Ini FAKTA.

Saudara/i Reformasi

Tidak ada perubahan yang dilakukan oleh Mahathir kecuali meletakkan kronis nya dalam kerajaan. Hari ini semuanya sama semula, kronis yang kuat menyokong akan dilantik dalam jawatan tertentu kerajaan. Mereka yang mahu dipecahkan dari Anwar Ibrahim turut dilantik bagi memastikan sokongan Anwar berkurangan. Anwar Ibrahim mungkin tidak mendengar suara-suara orang yang mengaku berjuang bersama beliau tetapi sebenarnya menikam beliau dari belakang. Mereka yang kuat, menjerit-jerit memalukan Anwar Ibrahim dengan tuduhan jijik, dimasukkan dalam tim Mahathir ke dalam tim nya.

Saudara/i

Sedia maklum ada pengkhianat dalam PKR. KAMI di MAHAZALIM RETURN akan memulakan membongkar siapa dan kenapa Anwar Ibrahim perlu mengambil tindakan drastik. Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan dan Anwar Ibrahim sendiri perlu sedar kehadiran mereka. Mereka hari ini memburuk-burukkan Anwar Ibrahim di belakang nya. Ini perlu dihentikan dan hari ini mereka mempunyai kolaborasi dengan Mahathir untuk menolak Anwar Ibrahim dari menjadi PM.

Saudara/i

JANGAN BENARKAN INI BERLAKU     

No comments:

Post a Comment