Ikuti kami

Friday, June 8, 2018

Mahathir adalah Mahathir 1998




Bila penulis upahan Mahathir memulakan serangan ke atas Majlis Raja-Raja khususnya YDPA – Mahathir tidak tahu. Pendedahan perbelanjaan YDPA – Mahathir tidak tahu – mungkin Lim Guan Eng yang keluarkan selaku Menteri Kewangan. A Kadir Jasin melaporkan – sekarang berani kerana Polis turut akur dengan Mahathir.

Apa perubahan yang dilakukan. Penguasaan masih lagi tertakluk kepada Perdana Menteri – apa juga tertakluk kepada Perdana Menteri dan tidak ada yang nampak berbeza. Pasti mereka seperti A.Kadir Jasin, Syed Ali Akhbar dan Hishammuddin Rais tidak lagi takut. Mereka dilindungi untuk mengatakan apa sahaja, selagi ia menyebelahi agenda Mahathir.

Hari ini isu Agung juga melibatkan Anwar Ibrahim. Media-media sudah mula berani menghentam Anwar Ibrahim atas mainan Mahathir. Media-media semua sekarang ini seakan PRO MAHATHIR dan semuanya akan menjadi musuh pada Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Mahathir tidak tahu apa, kalau Agung diserang adalah kerana rakyat marah kepada Agung. Rakyat yang akan memberontak dan Mahathir akan selamat. Kalau ini tidak nampak seperti Mahathir yang sama seperti Mahathir tahun 1998, hayat Pakatan Harapan akan panjang tanpa PKR dan tanpa Anwar Ibrahim.

Semua sebenarnya jelas, kalau baca media hari ini pendedahan Anwar Ibrahim menyorokkan muka dalam isu pelantikan  Tommy Thomas, lihat media portal Internat:

MAHATHIR GIVES ANWAR, ROYALS A CRASH COURSE IN POLITICS: ‘IF RULERS ARE INVOLVED IN THINGS THE PEOPLE DISLIKE, THE PEOPLE WILL REBEL’ – PM SAYS ‘ACTION’ NEEDED TO ‘SAVE’ ROYALS FROM PUBLIC ANGER, POINTS TO DELAY AT HIS SWEARING-IN, WARNS ‘RULE OF LAW’ MUST BE FOLLOWED

Lihat juga Petikan Media ini :

WHERE WILL ‘DEFENDER OF THE RULERS’ ANWAR HIDE HIS FACE? AS MAHATHIR SHARES THE FULL STORY, ANWAR’S HALF-TRUTHS & SELF-PROMOTION EXPOSED: ‘SEVERAL SULTANS CAME TO SEE ME TO DEFUSE THE SITUATION. THE MAJORITY OF RULERS DID NOT AGREE WITH AGONG’S DELAY IN APPOINTING TOMMY’ – PM IN TELL-ALL

Semua mula mempersoalkan Anwar Ibrahim. Tidak ada syak lagi Anwar Ibrahim akan terus diserang dan akan berakhir peluang beliau untuk menjadi PM selagi membiarkan Mahathir berkuasa.
Selama mana Mahathir memerintah, selagi itu usaha menyingkir Anwar Ibrahim akan bermula dan ramai dalam PKR, DAP dan AMANAH sudah mula menyebelahi Mahathir atas tempat dan kedudukan.
Perkara ini perlu ditentang dan Mahathir perlu berundur sekiranya tidak sokongan Melayu akan pudar pada PH dan Mahathir akan mula menjadi kuasa diktator sebagaimana dia sebelum ini.

No comments:

Post a Comment