Ikuti kami

Monday, June 4, 2018

Di mata rakyat RAJA-RAJA Melayu kecundang



Ini yang sebenarnya berlaku. Desakan Mahathir untuk Raja-Raja Melayu menurutinya amat jelas. Mahathir akan meletakkan satu calon – calon tetap dan mereka yang lain akan memainkan peranan – pilih atau tidak pilih Mahathir akan tetap menang dan Raja-Raja Melayu kecundang.

Media arahan beliau akan meletakkan seakan penolakan sudah dibuat oleh Istana –timbul topik2 seperti standoff – Mahathir vs  Rulers, timbul Kerajaan vs Agung, Kerajaan pilihan rakyat desak Istana terima pilihan Mahathir. Semua ini untuk rakyat lihat – Mahathir. Majlis Raja2 tidak peka sentimen sebenarnya yang ada – mainan media amat tersusun – kritikan terhadap Majlis Raja-Raja, menggunakan isu rasis, Raja-Raja kena buta warna dan ini bukan lagi soal kaum, Malaysia Baru tidak ada segregation antara warna kulit dan agama. Raja-Raja Melayu tidak ada kuasa memilih dan kena menerima nasihat PM.

Setelah di gembar –gembur, seolah-olah rakyat mendesak MAKA memilih Tommy Thomas adalah satu kemenangan Mahathir yang kononnya kehendak rakyat. Apakah bukan scheme yang sama dilakukan untuk mengecilkan kuasa Raja-Raja Melayu – krisis perlembagaan satu ketika dahulu. 

Ini dicetuskan oleh Mahathir sendiri dan ini akan menunjukkan kemenangan rakyat berdepan dengan Raja-Raja Melayu. Sungguhpun begitu ia lebih kepada kemenangan Mahathir di mata rakyat. Kita juga boleh melihat pembaharuan semasa – kritikan dan maki-hamun dalam media sosial terhadap Raja-Raja Melayu tidak lagi ditakuti. Masing-masing sudah boleh mengkritik – memaki hamun dan boleh mempersoalkan kuasa Majlis Raja-Raja. Semua ini dilakukan dan kita boleh melihat sendiri golongan mana dan kaum mana yang begitu lantang menghentam Istana.

Segala-galanya kita sudah serahkan pada Mahathir – Raja-Raja Melayu juga perlu melihat dari banyak sudut antaranya adalah penggubalan sekiranya perlu perubahan dalam perlembagaan. Atas konon nama desakan rakyat – ini pasti boleh dilakukan.

Sungguhpun sebelum ini banyak kritikan – mengatakan Raja-Raja Melayu tidak berfungsi sebagai mungkin dan sentiasa menyebelahi kerajaan – atas apa juga sebab tetapi hari ini – rakyat akan merasakan Mahathir dapat membebaskan rakyat dari cengkaman Raja-Raja Melayu dan Mahathir akan terus berkuasa. Apa juga yang ada hari ini – mungkin Malaysia Baru yang tidak ada perbezaan antara kaum – mungkin mahu menolak campur tangan Raja-Raja dalam pentadbiran mengambil langkah baharu – menyamakan semua rakyat tanpa mengira kaum. Mungkin ini kehendak rakyat kita.

Kita tunggu pula sidang parlimen dan penggubalan undang2 baru biar menyentuh Raja-Raja Melayu sendiri.  

No comments:

Post a Comment