Kita pangku kembali Reformasi yang dilancurkan oleh beberapa kepimpinan PKR
Kita bela ANWAR IBRAHIM -BAPA REFORMASI
Salam Reformasi
Saudara/saudari rakan yang pernah
berjuang dalam Gerakan Reformasi , yang berjuang demi KEADILAN, yang membicarakan
KEZALIMAN, yang mahu nasib rakyat terbela dan yang menuntut REFORMASI
REFORMASI apa, kalau kita kembali
mengangkat MAHAZALIM tanpa dibicarakan, lenyap segala dosa perlakuan durjana
dan merosakkan segala sistem demokrasi, mencalarkan KEADILAN, mencabul sistem
perundangan dan seperti Sdr Anwar Ibrahim pernah berkata “ kalau ini dilakukan
kepada orang No 2 dalam negara – apa lagi rakyat Malaysia”
Saudara/i
Tidak pernah sekali pun beliau
MEMAKLUMKAN bahawa apa yang berlaku pada tahun 1998, tahun kita berkorban jiwa
raga, berkorban masa dan masa depan kita untuk satu perjuangan – adalah konspirasi
politik tertinggi. Hari ini mereka yang telah dicurahkan kemewahan atas
perjuangan REFORMASI – menggadaikan perjuangan kita pada Dr Mahathir Mohamed –
MAHAZALIM yang wujud zaman kita ini. Ini perlu kita TOLAK – TIDAK ADA DOSA
JENAYAH yang boleh diampunkan begitu sahaja. Sedang pencuri sebatang mata pena
di HUKUM ini pula mereka yang menzalimi rakyat negara ini. YANG SALAH TETAP
SALAH.
Saudara/I perjuangan Reformasi
Politik telah menutup mata mereka
akan PERJUANGAN RAKYAT – mereka sanggup menjadi UMNO ke-2 dalam memastikan
kehendak mereka tercapai – MEREKA BUKAN PERJUANG REFORMASI 1998 – mereka
PEJUANG POLITIK – mengambil kesempatan terhadap perjuangan kita dan kemudian –
dihambat kita untuk melunaskan cita – cita mereka. Mereka telah dibutakan oleh
MAHAZALIM – mereka kini berlumba-lumba mahukan tempat. Mereka yang seperti ini
adalah JALANG PERJUANGAN perlu kita hapuskan dan perlu kita ketahui siapa dia. 
Laman MAHAZALIM ini diteruskan
atas USAHA menyedarkan kepada kita – kita sudah dijual oleh beberapa politikus
dalam keadaan ANWAR IBRAHIM terpenjara.
KITA IMBAS SEMULA KESEGARAN
PERJUANGAN KITA, KETELUSAN YANG TIDAK MEMIKIRKAN TEMPAT DAN KEDUDUKAN namun
hari ini orang yang kita naikkan, kita gelar kepimpinan kita mengkhianati
perjuangan Bapa Reformasi dan kita anak-anak REFORMASI. Kita tidak boleh
berdiam – kita mahu mereka disingkir membawa politik usang dalam negara ini.  
Kita lancarkan semula – kita pastikan
semula orang bernama MAHATHIR MOHAMED ini tidak terlepas dari dosa yang
dilakukan. Kita berjuang dengan air mata, bagi memastikan beliau tersingkir,
tetapi kita dijual oleh politikus yang dahaga bersama MAHAZALIM untuk berkuasa.
Kenangkan kembali, kami akan
pastikan kita ingat semula apa yang kita janji dan genggam sebagai satu
perjuangan.  
 
 
No comments:
Post a Comment