Ikuti kami

Tuesday, May 15, 2018

MAHAZALIM KEMBALI



Sekembalinya MAHAZALIM dalam memerintah negara ini – maka kami kembali menentang. Kami amat hairan dengan kehadiran kita yang lupa akan kezaliman Dr Mahathir – dosa dia pada rakyat. Tidak ada bezanya Dr Mahathir dengan Najib Razak. Mereka adalah kepimpinan yang menyeksa rakyat.

Hari ini MAHAZALIM kembali menuntut rakyat Malaysia tidak tertipu dengan mainan politik pengkhianatan mereka yang berselindung di sebalik Gerakan Reformasi. Kami tidak akan melupakan sebagaimana kepimpinan Gerakan Reformasi yang kita diselubungi hipokrasi politik – yang mengangkat perjuangan Reformasi sebagai landasan politik mereka. Mereka membinasakan perjuangan Reformasi.

Bapa Reformasi pernah berkata “ saya mungkin boleh memaafkan Dr Mahathir tetapi rakyat tidak” dan kami tidak. Amat kesal kononnya hari ini ramai yang berkata “ Dr Mahathir berjaya menumbangkan UMNO – dangkal “ Dr Mahathir berjaya bukan sahaja menumbangkan UMNO tetapi menumbangkan Gerakan Reformasi Rakyat sekali.

Dr Mahathir menggunakan kepimpinan politik yang lahir MENIPU gerakan Reformasi untuk kepentingan politik dirinya. Beliau memperalatkan alasan mahu menyelamatkan Malaysia tetapi BELIAU ADALAH PUNCA MELAYU BERPECAH – BELIAU ADALAH MAHAZALIM – MAHAFIRAUN dan adalah layak untuk kita yang sebenarnya memperjuangkan REFORMASI – tanpa tersekat dengan hipokrasi politik untuk mendesak rakyat bagi sedar. 

Hari ini beliau mengiakan kepimpinan MAHAZALIM beliau – ingat undang-undang adalah untuk keseragaman KEADILAN bukan mendefinisikan KEADILAN mengikut kehendak beliau. Kita MENOLAK sekeras-kerasnya UMNO yang bergelumang dengan DOSA RASUAH – tetapi kita tidak boleh MENG-UMNO-KAN perjuangan reformasi.  

Apa maknanya menolak kepimpinan penuh KECELAKAAN dan MELANTIK kepimpinan yang penuh KECELAKAAN semula. Kita tidak bergerak ke hadapan – malah kita kembali ke asal – pemerintahan DRAKONIAN.

KAMI KEMBALI – TIDAK MEMIKIRKAN MENGENAI – PELUANG POLITIK – HIPOKRASI POLITIK tetapi untuk menuntut KEADILAN yang sejati bukan KEADILAN dalam interpretasi politik. 

Satu musibah melanda kita- Gerakan Reformasi dan Parti Keadilan Rakyat kini telah mahu di UMNO – KAN

KAMI MENENTANG

No comments:

Post a Comment