Ikuti kami

Tuesday, May 29, 2018

Agenda Reformasi MUSNAH !!




segera kita tuntut Anwar Ibrahim PM ke 8



Anwar Ibrahim tahu apa yang sebenarnya berlaku. Anwar Ibrahim sedar Mahathir aka MAHAZALIM sedang memonopoli pegangan kuasa dan keputusan. Rujukan tidak dibuat kepada Majlis Presiden dan Majlis Presiden terperangkap dengan pengumuman media yang dibuat oleh Mahathir.

Mahathir dan Muhyiddin tidak dapat tidak sedang memperkukuhkan BERSATU dan Anwar Ibrahim sedar dalam mereka mengukuhkan BERSATU, PKR sedang bergelut dengan perpecahan. Makluman yang mengatakan bahawa ada kepimpinan PKR yang sekarang hampir belot dengan menyatakan sokongan padu pada Mahathir aka MAHAZALIM. Ini tidak boleh dinafikan.

Anwar Ibrahim perlu kita sokong untuk mengadakan perubahan dalam Malaysia Baru dengan segera. Kita perlu lihat bagaimana MAHAZALIM hari ini mengatur langkah yang tidak nampak tetapi jelas untuk kita fahami. Kedudukan Menteri Dalam Negeri yang sentiasa akan memastikan langkah MAHAZALIM terbela.

Sdra/i rakan Reformasi,

Dalam gelak ketawa kita meraikan kemenangan namun Gerakan Reformasi dan Agenda Reformasi terhalang. Kekuatan sokongan BERSATU dengan kehadiran UMNO akan memastikan agenda sebenarnya yang mahu dilakukan terbatas.

Sdra/I rakan reformasi,

Lihat dengan jelas, baca langkah mereka yang berada dalam PKR yang mahu meninggalkan Anwar Ibrahim dan kita sebagai pendukung perjuangan REFORMASI. Kita perlu bersedia memastikan Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir sebagai PM, bagi memastikan keadilan terjamin dan undang2 dan kesalahan yang ada pada mereka tidak terpadam sebab kuasa. 

Mulalah kita bersedia untuk memastikan Anwar Ibrahim sebagai PM 8 segera.

No comments:

Post a Comment