Ikuti kami

Tuesday, May 29, 2018

Agenda Reformasi ended with MAHATHIR aka MAHAZALIM



Menuntut  kembali makna REFORMASI
Sdr/I Reformis

Semakin kita lalui, semakin jelas jiwa reformasi, tuntutan reformasi dengan agenda Malaysia Baru semakin terhalang dengan cara kepimpinan yang serupa oleh MAHAZALIM. Hari ini kita tersedak dengan langkah – langkah dan keputusan yang diambil oleh Mahathir @ MAHAZALIM yang saling tak tumpah sewaktu beliau memerintah dan sewaktu kita menentang beliau. Kita berpatah balik tetapi yang paling sedih antara kepimpinan REFORMASI hari ini seakan membenarkan.

KAMI percaya ramai antara mereka yang terbabit dengan perjuangan REFORMASI pasti dapat melihat bahawa kehadiran MAHAZALIM membelakangi apa yang mahu kita capai, dukung dan kita garap. Wakil – wakil PKR yang hari ini bertindak sebagai wakil kita terpaksa akur dengan MAHAZALIM dan keputusan yang seakan sama dengan apa yang kita lalui lebih 20 tahun lalu.

NAJIB dan UMNO sudah tewas, hari ini kita kembali kepada pemerintahan yang serupa, jelas membelakangi apa yang kita perjuangan, seakan rule of law menjadi rule of MAHAZALIM

Sdra/I Reformis

Amat sedih apabila perjuangan 20 tahun kita gadai demi menumpaskan NAJIB/BN/UMNO dan kita serahkan kembali kepada Mahathir aka MAHAZALIM dan percaturan politik yang semakin lama semakin nampak menjelaskan kehendak tersendiri dan bukan konsep keadilan untuk rakyat, tidak kira tinggi mana dia berdiri dan rendah mana dia duduk.

Sdra/I Reformis

Kita seharusnya menggesa wakil-wakil kita dalam PKR yang merupakan wadah yang membawa arus Reformasi untuk berani bertindak keluar dari sekatan pegangan politik dan mahukan kuasa semata – mata. Mungkin kita ghairah menang dapat menewaskan UMNO yang lupa dataran selama mana MAHAZALIM memerintah tetapi jangan kita lupa bahawa kita menyerahkan semula kepada mereka yang tidak berjiwa reformasi, hanya mementingkan agenda tersendiri.

Kita mula langkah untuk melihat dan memperincikan apa yang dilakukan oleh MAHAZALIM yang sama dengan apa yang dilakukan sebelum ini. Agenda Reformasi terus tersekat.

Segera PASTIKAN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM 8  


No comments:

Post a Comment