Ikuti kami

Sunday, May 20, 2018

TANPA PKR - MAHAZALIM hanya sampah




Tanpa PKR adakah MAHAZALIM akan menang? Jangan terpengaruh – tanpa PKR MAHAZALIM tidak ada apa-apa kecuali DOSA yang dilakukan oleh beliau sewaktu pemerintahannya. Tanpa semangat REFORMASI yang menggerakkan PKR selama ini – tanpa Anwar Ibrahim – MAHAZALIM hanya liputan sejarah yang malang dan akan terus dilabel sebagai MAHAZALIM.

Kehadiran MAHAZALIM dan penerimaan oleh beberapa kepimpinan PKR adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan REFORMASI selagi mana Anwar Ibrahim tidak diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. MAHAZALIM akan berusaha untuk tidak membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan segera.

Satu pesanan yang kami terima adalah desakan – agar kes-kes MAHAZALIM dibuka dan disiasat semula. Ini adalah antara tekanan yang diberi oleh pendukung REFORMASI. MAHAZALIM harus turut disiasat dan amat malang kerana PENGKHIANATAN dalam PKR maka MAHAZALIM hari ini membolot perjuangan sebagai kejayaannya.

BOHONG dan KARUT – kalau tidak ada PKR – MAHAZALIM hanya tinggal sejarah semata-mata. MAHAZALIM menggunakan beberapa kepimpinan PKR atas alasan “common interest” – ini penting tetapi dalam pada itu beberapa kepimpinan KEADILAN amat bodoh membenarkan MAHAZALIM naik atas alasan mahu turut mendapat peluang awal untuk menjadi TPM dan PM.

Jangan biarkan MAHAZALIM menjadi HERO – tidak benar, beliau hanya kepimpinan yang terbuang lantas tanpa segan memohon bantuan pembangkang pada waktu itu untuk sama- beliau menentang Najib Razak atas alasan kononnya menyelamatkan Malaysia. 

Setelah nampak sikap diktator beliau dalam memimpin.dan semestinya untuk kepentingan dan ego beliau sendiri, amat jelas REFORMASI mahu dipinggirkan dan agenda beliau mahu diambil semula.

Golongan REFORMASI jangan biarkan ini berlaku – kita berdepan dengan MAHAZALIM dan pengkhianat dalam PKR sendiri. ANWAR for PM Now   

No comments:

Post a Comment