Ikuti kami

Monday, May 28, 2018

Kepimpinan Tinggi PKR - sertai PPBM !



Kepimpinan PKR yg obsess dengan Mahathir aka MAHAZALIM kenapa tidak berani mengambil langkah untuk menyertai PPBM dan berterus – terang tentang perkara ini. Kenapa takut dan kalau benar-benar percaya bahawa MAHAZALIM adalah penyelamat negara ini dan disokong oleh seluruh rakyat Malaysia maka kami desak ambil langkah drastik SERTAI PPBM.

Mereka merasakan Anwar Ibrahim gopoh dan terikut dengan dakwaan penyokong dan mainan MAHAZALIM jangan menyemak dalam PKR – nyatakan hasrat dan sertai PKR. Sumber yang sahih, yang kami terima sudah ada suara-suara pincang turut menyetujui bahawa Anwar Ibrahim kononnya rakus dalam mahu menjadi PM. Mereka tidak mengukur pengorbanan Anwar Ibrahim dan usaha beliau berserta reformis dalam memastikan keadilan untuk rakyat.

Kehendak gerakan reformasi adalah agenda reformasi dan bagi yang sekian lama memperjuangkan agenda reformasi adalah mereka yang paling terserap dengan perubahan yang mahu dilakukan. Mahathir aka MAHAZALIM hanya mahu selesaikan Najib dan setelah selesai maka sepatutnya memulakan langkah untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim – MAHAZALIM tidak perlu tunggu – lakukan segera.

Malang sekali bila ad kepimpinan PKR yang berkepentingan, sanggup membelakangi agenda perubahan REFORMASI kerana tempat dan pangkat yang dipegang dan harapan untuk meneruskan agenda politik tersendiri. 

Ikhlas bagi kepimpinan PKR yang hari ini, saban hari turut mengatakan Anwar Ibrahim rakus, gelojoh mahukan tempat menjadi PM – it is not a matter of begging for what is rightfully his. Kenapa takut menyertai PPBM, takut dicemuh oleh golongan reformasi!

Sertai Mahathir aka MAHAZALIM dan nyatakan pendirian jelas

KAMI TETAP ANWAR FOR PM NOW

  

No comments:

Post a Comment